Pusat bantuan
Soalan lazim dan panduan penggunaan mySetia.
Permulaan
Bagaimana cara mendaftar persatuan baru?
Klik butang "Daftar percuma" di halaman utama, isi maklumat asas persatuan anda (nama, nombor ROS, bilangan ahli), dan ikuti proses onboarding yang mudah. Pendaftaran mengambil masa kurang dari 5 minit.
Berapa kos untuk menggunakan mySetia?
Satu pelan dengan semua ciri: RM150 setahun termasuk 50 ahli pertama, kemudian RM1 bagi setiap ahli tambahan, maksimum RM1,200 setahun. Contohnya 100 ahli = RM200 setahun. Semak harga tepat anda di menu Pelan Saya. Tiada bayaran tersembunyi atau kontrak jangka panjang.
Adakah terdapat tempoh percubaan percuma?
Ya, kami menyediakan akses percuma untuk 60 hari pertama tanpa memerlukan kad kredit. Anda boleh meneroka semua ciri platform sebelum membuat keputusan berlangganan.
Pengurusan ahli
Bolehkah ahli mendaftar sendiri secara dalam talian?
Ya. Setiap persatuan mempunyai pautan pendaftaran ahli yang unik. Kongsi pautan ini kepada bakal ahli dan mereka boleh mendaftar sendiri. Data akan masuk secara automatik ke sistem anda.
Bagaimana untuk memasukkan senarai ahli sedia ada?
Ahli boleh didaftarkan satu demi satu di menu Keahlian. Jika senarai anda panjang, hantar fail Excel anda kepada kami melalui WhatsApp di 011-5148 6191 dan kami akan bantu memasukkannya.
Pematuhan ROS
Adakah mySetia membantu menyediakan Borang 9 dan Borang 11?
Ya. Data yang diperlukan untuk Borang 9 dan Borang 11 — senarai ahli, AJK, aktiviti dan ringkasan kewangan — sudah direkodkan dalam mySetia sepanjang tahun. Bila tiba masanya, Setiausaha buka Laporan ROS, semak data, kemudian salin ke portal e-ROJ atau cetak untuk dihantar.
Bagaimana sistem memantau tarikh penyerahan kepada ROS?
Papan pemuka Pematuhan ROS menunjukkan semua tarikh akhir penting. Sistem akan menghantar peringatan automatik melalui e-mel dan notifikasi dalam platform sebelum tarikh akhir.
Teknikal & keselamatan
Adakah data persatuan saya selamat?
Data anda disulitkan menggunakan piawaian industri dan disimpan di pelayan selamat. Kami menggunakan HTTPS untuk semua komunikasi dan sandaran data dilakukan secara berkala.
Berapa ramai admin boleh menggunakan platform serentak?
Tiada had bilangan admin. Anda boleh menetapkan pelbagai peringkat akses (Presiden, Setiausaha, Bendahari, Ahli Biasa) mengikut peranan dalam persatuan.
Apa yang berlaku kepada data saya jika saya berhenti berlangganan?
Anda boleh eksport data anda bila-bila masa. Jika langganan tidak diperbaharui, akaun menjadi baca sahaja — data boleh dilihat dan dieksport tetapi rekod baharu tidak boleh ditambah. Data persatuan tidak dipadam, dan semua fungsi kembali sebaik langganan diperbaharui.
Tidak jumpa jawapan anda?
Tanya kami terus melalui WhatsApp atau e-mel.