Langkau ke kandungan

Bina kepercayaan penyumbang dengan rekod yang telus

NGO hidup atas kepercayaan penyumbang — mySetia rekod setiap derma, projek kebajikan dan penyertaan sukarelawan secara telus dan boleh disemak.

Masalah biasa NGO

  • Kutipan derma sukar dibuktikan telus

    Tanpa rekod sistematik, penyumbang sukar tahu ke mana derma mereka disalurkan — menjejaskan kepercayaan untuk kempen akan datang.

  • Pengurusan projek kebajikan berselerak

    Kemajuan projek, penyertaan sukarelawan dan perbelanjaan dikongsi secara berasingan — sukar untuk lapor kepada AJK atau penyumbang.

  • Laporan kewangan tidak audit-ready

    Bila tiba masa AGM atau audit, kewangan yang direkod secara manual mengambil masa lama untuk disusun semula.

Senario biasa: Bendahari NGO kebajikan perlu jana laporan telus untuk kempen derma banjir, jejak perbelanjaan setiap projek, dan tunjukkan rekod audit-ready kepada penyumbang korporat.

Ciri yang paling anda perlukan

Pengurusan Ahli & PDPA
Rekod ahli dengan nombor ahli automatik, persetujuan PDPA, IC disulitkan, kategori (Biasa/Seumur Hidup/Kehormat) dan pengesahan pendaftaran.
Minit Dikunci
Selepas disahkan, minit mesyuarat dikunci dan tidak boleh diubah. Cap jari digital disimpan untuk mengesan sebarang perubahan.
Buku Akaun Seimbang
Carta akaun, resit, baucar bayaran dan imbangan duga yang sentiasa seimbang — terus ke laporan tahunan.
Skor Kesihatan ROS
Skor pematuhan automatik: AGM dalam 15 bulan (40%), Laporan Kewangan (40%), Keahlian & PDPA (20%). Status Hijau/Kuning/Merah.

Ini sebahagian sahaja. Lihat semua ciri mySetia.

Soalan lazim

Bolehkah mySetia jejak derma mengikut kempen atau projek tertentu?

Ya. Setiap kempen derma dan projek kebajikan boleh direkod berasingan dengan penyumbang dan perbelanjaan masing-masing, memudahkan pelaporan khusus kepada penaja atau penyumbang.

Adakah rekod kewangan mySetia cukup untuk tujuan audit?

Sistem menggunakan perakaunan double-entry dengan carta akaun dan imbangan duga — struktur yang biasa digunakan juruaudit, memudahkan proses audit tahunan NGO.

Soalan lain? Lihat semua soalan lazim atau WhatsApp kami.

Mulakan hari ini — percuma

Percuma 60 hari. Tiada kad kredit.

Daftar persatuan

Percuma 60 hari

Tiada kad kredit

Daftar percuma
WhatsApp kami