Platform untuk persatuan dagang & chamber berdaftar ROS
Untuk badan dagang, chamber of commerce dan persatuan usahawan yang berdaftar di bawah ROS mengikut Akta Pertubuhan 1966 — bukan syarikat individu berdaftar SSM.
Nota penting: mySetia direka untuk pertubuhan berdaftar ROS seperti persatuan dagang, chamber of commerce dan persatuan usahawan. Sistem ini bukan untuk syarikat atau perniagaan PKS/SME individu yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Masalah biasa persatuan perniagaan
-
Direktori ahli perniagaan tidak dikemaskini
Ahli chamber sukar cari sesama ahli untuk peluang perniagaan kerana direktori dikongsi secara manual dan cepat lapuk.
-
Pameran dagang dan tapak pameran sukar diurus
Pendaftaran peserta pameran dagang atau tapak ekspo direkod secara manual — sukar kawal kapasiti dan susulan selepas acara.
-
Pilihan raya AJK chamber dipertikai
Tanpa undi rahsia yang telus, keputusan pilihan raya jawatankuasa chamber mudah dipersoalkan oleh ahli usahawan.
Senario biasa: Setiausaha chamber of commerce daerah perlu urus direktori 150+ ahli perniagaan berdaftar, buka pendaftaran tapak untuk ekspo dagang tahunan, dan adakan pilihan raya AJK yang telus.
Ciri yang paling anda perlukan
- Undi Rahsia
- Pilihan raya AJK secara dalam talian dengan kod pengesahan e-mel. Identiti pengundi dan pilihan disimpan berasingan — mustahil dikaitkan semula.
- Buku Akaun Seimbang
- Carta akaun, resit, baucar bayaran dan imbangan duga yang sentiasa seimbang — terus ke laporan tahunan.
- Skor Kesihatan ROS
- Skor pematuhan automatik: AGM dalam 15 bulan (40%), Laporan Kewangan (40%), Keahlian & PDPA (20%). Status Hijau/Kuning/Merah.
- Jawatankuasa & Penggal
- Rekod penggal AJK, jawatan dan ahli jawatankuasa. Pantau had penggal berturut-turut mengikut perlembagaan persatuan.
Ini sebahagian sahaja. Lihat semua ciri mySetia.
Soalan lazim
Adakah mySetia sesuai untuk syarikat SSM individu?
Tidak. mySetia direka khusus untuk pertubuhan berdaftar ROS di bawah Akta Pertubuhan 1966 — seperti persatuan dagang, chamber of commerce atau persatuan usahawan. Syarikat individu berdaftar SSM tidak layak menggunakan sistem ini.
Bolehkah ahli chamber cari sesama ahli untuk peluang perniagaan?
Ya. Direktori Perniagaan membolehkan ahli chamber/persatuan usahawan cari dan hubungi sesama ahli berdaftar untuk jaringan dan kerjasama perniagaan.
Soalan lain? Lihat semua soalan lazim atau WhatsApp kami.
Mulakan hari ini — percuma
Percuma 60 hari. Tiada kad kredit.